PELEPASAN TAKSIRAN CUKAI MELALUI SSPN-i
Kelayakan Pelepasan Taksiran Cukai

 

Ibubapa dan ibubapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun SSPN-i untuk manfaat anak diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa;
 
 
Ibubapa yang membuat taksiran berasingan dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i berasingan atas anak yang sama diberikan pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00/pendeposit setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa masing-masing.
 
 

Ibubapa yang membuat taksiran bersama dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i berasingan diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun; dan

 

Anak(penerima manfaat) mestilah berumur tidak melebihi 29 tahun pada tahun taksiran cukai.


Penting : Individu yang menyimpan untuk selain anak sendiri/anak jagaan sah tidak layak pelepasan taksiran cukai SSPN !

 

Maklumat Tambahan :

 

Amaun layak pelepasan cukai adalah “Simpanan Bersih Tahun Semasa”

 

Amaun Layak Pelepasan Cukai Tahun Semasa = (Amaun Deposit Dibuat Dalam Tahun Semasa) – (Amaun Pengeluaran Dalam Tahun Semasa)

 

Contohnya:

 

Encik Ali membuka akaun SSPN-i (Jenis akaun: Akaun Untuk Anak Sendiri) pada Bulan Disember 2019 dengan deposit RM8,000 tanpa melakukan sebarang pengeluaran sehingga 31/12/2019.

 

Semasa proses eFilling LHDN pada April 2020(Taksiran Cukai 2019) , Encik Ali layak menuntut pelepasan Taksiran Cukai 2019 maksimum RM8,000.

 

Pada bulan Feb 2020 , Encik Ali telah mengeluarkan RM4,000 dari akaun SSPN-i beliau. Pada Bulan Oktober 2020, beliau menambahkan simpanan SSPN beliau sebanyak RM8,000.

 

Adakah Encik Ali layak mendapat pelepasan cukai maksimum RM8,000 untuk tahun 2020(bagi eFilling April 2021)?

 

Jawapannya Tidak, berdasarkan formula

 

Amaun layak Pelepasan Cukai Tahun Semasa(2020) = (Amaun deposit Dibuat Dalam Tahun Semasa(2020)) – (Amaun Pengeluaran Dalam Tahun Semasa(2020))

Amaun Layak Pelepasan Cukai Tahun Semasa(2020) = RM8,000.00 – RM4,000.00 = RM4,000

Beliau hanya layak mendapat pelepasan cukai SSPN RM4,000 sahaja bagi taksiran cukai 2020.

 

Encik Ali perlu memasukkan semula amaun yang dikeluarkan iaitu RM4,000 pada tahun 2020 dan kemudian membuat penambahan simpanan RM8,000 untuk layak pelepasan cukai SSPN maksimum RM8,000.